Dalam 2016, Satu sesi mesyuarat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai sekolah Shome Kidz Alternate schools dari Terengganu. Mereka mohon jasa baik MAE untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran. Sekolah itu berjaya mendapat kelulusan ehsan surat sokongan daripada MAE kepada Kementerian Pelajaran.

Please follow and like us:

Forum ini adalah anjuran bersama Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dengan MAE pada 30 September 2016. Temanya adalah: Gelombang FASA 1 Blueprint Pendidikan 2013-2015.

Wadah ini juga telah digunakan untuk melancarkan buku “Transformasi Pendidikan Nasional: Antara Aspirasi dan Anjakan” yang dikarang oleh Naib Presiden I MAE, Arwah Prof Dato’ Dr. Hussein Hj Ahmad. Buku ini dilancarkan oleh mantan Presiden MAE, Tan Sri (Dr) Arshad bin Ayub. Forum ini telah dihadiri oleh guru-guru, pengetua, guru besar dan para pendidik.

Prof. Emeritus Dato Dr Ibrahim, Presiden MAE telah menyampaikan ucapan pembukaan. Dr Habibah bt Abd Rahim, Timbalan Pengarah EPRD, Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah pengucap utama: Blueprint: Prestasi, Kejayaan dan Kekurangan Pelaksanaan.

Ahli panelnya termasuklah Dr. Zainal Alam, Pengarah IAB, Enstek & Prof. Datuk Sufean Hussin, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Buku Dato’ Hussein dilancarkan oleh Tan Sri Datuk Seri Utama Arshad Ayub

Panel Forum Pendidikan ketika pelancaran buku Dato’ Hussein

Please follow and like us:

KTFA merupakan organisasi guru terbesar di Korea yang menjalankan kerja menyeluruh dalam bidang profesionalisme guru. Atas permintaan KTFA, MAE telah menjalinkan hubungan di antara sekolah Cempaka dengan sekolah di Korea.

Pada tahun 2017, Naib Presiden (1) KTFA bersama 20 ahli delegasi telah bertemu dengan MAE untuk berbincang bagaimana memperkukuhkan perhubungan bilateral. Di antara kehendak mereka adalah:

  • Melanjutkan program pertukaran pelajar
  • Merancang program pertukaran guru
  • Mengadakan rundingan meja bulat
  • Meninjau kebolehan mengodak kajian bersama dalam isu Pendidikan
  • Menandatangani MOU
Please follow and like us: