Selaku ahli jawatankuasa serantau, Setiausaha Agong telah menghadiri mesyuarat tersebut yang berbincang secara mendalam peranan ahli gabungan organisasi di dalam perlaksanaan peninjauan serta pemantauan Agenda Pendidikan 2030 khasnya peranan Guru ke arah pencapaian SDG4 dan usaha dalam pendidikan berkualiti dan inklusif.

Perbincangan juga tertumpu kepada isu dan cabaran yang dihadapi di rantau Asia Pasifik terutama kesan negatif Penswastaan dan Perdagangan Pendidikan.

Please follow and like us:

Timbalan Presiden ke-2, Dato’ Satinah Syed Saleh,  telah mewakili MAE ke “Konsultasi Serantau Agenda Pendidikan 2030” yang dianjurkan oleh Pejabat Serantau (EI) dari 15-17 Disember 2016 di Bangkok, Thailand.

Objektif khusus bengkel ini adalah:

  1. Untuk berkongsi maklumat dan kemajuan berkaitan pembangunan berhubung Agenda Pendidikan 2030 di peringkat global, setempat dan kebangsaan dengan memberi tumpuan kepada perkembangan di peringkat nasional.
  2. Menggubal strategi advokasi yang efektif bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan pusat untuk memastikan perlaksanaan sepenuhnya SDG dengan fokus terhadap sasaran perkara (4), (5) dan (8).
  3. Berbincang dan menggubal strategi dan pakatan dengan orang yang ada kepentingan dan CSO untuk mencapai matlamat SDG.
  4. Berbincang mengenai peranan organisasi guru dalam usaha untuk mencapai matlamat SDG khasnya sasaran (4) dalam pendidikan, sasaran (5) dalam kesamaan hak jantina dan sasaran (8) dalam keselesaan tempat kerja.
  5. Menggubal pelan kempen advokasi bagi peringkat kebangsaan dan serantau.

Turut hadir di dalam bengkel adalah dua wakil NUTP, dua wakil daripada Sarawak Teachers’ Union (STU) dan seorang wakil dari Universiti Malaya. Semua wakil daripada Malaysia telah membentuk satu kumpulan untuk berbincang mengenai agenda Malaysia. Pada akhir bengkel, semua bersetuju untuk melantik NUTP untuk menerajui kumpulan advokasi bagi Malaysia.

Pembentangan Agenda Pendidikan 2030 oleh MAE

Sebelum hari bengkel, Setiausaha MAE telah berkesempatan untuk berbincang dengan pegawai meja SDG Pendidikan 2030 di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persiapan untuk pembentangan Pendidikan 2030 dan SDG untuk Malaysia telah dibuat dengan konsultasi rapat (termasuk mengumpul data dan maklumat) dengan pegawai meja di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Please follow and like us:

Persidangan ini telah diadakan di Kathmandu, Nepal pada 10-12 Oktober 2017, di mana President MAE, Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajunid; Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan; dan seorang Ahli Jawatankuasa, Pn Sugunadevi Arjunan telah mewakili MAE. Tema Persidangan: Transformasi Asia Pasifik: Kesatuan Sekerja Memacu Agenda Pendidikan 2030. Turut dianjurkan adalah forum Pra-Persidangan wanita. Sesi tertumpu kepada:

  1. Pendidikan Berkualiti untuk semua: Agenda Pendidikan 2030
  2. Guru Berkualiti untuk Pendidikan Berkualiti
  3. Pendanaan Pendidikan Berkualiti: Cabaran penswastaan dan bisnes pendidikan
  4. Kesatuan guru memperjuangkan kesamaan dalam masyarakat

Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan telah dilantik semula ke dalam jawatankuasa EI Asia Pasifik.

Dato’ Ibrahim bersama Presiden Persatuan Guru Nepal

Dato’ Ibrahim bersama P Ramanathan

Please follow and like us: