Forum ini adalah anjuran bersama Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dengan MAE pada 30 September 2016. Temanya adalah: Gelombang FASA 1 Blueprint Pendidikan 2013-2015.

Wadah ini juga telah digunakan untuk melancarkan buku “Transformasi Pendidikan Nasional: Antara Aspirasi dan Anjakan” yang dikarang oleh Naib Presiden I MAE, Arwah Prof Dato’ Dr. Hussein Hj Ahmad. Buku ini dilancarkan oleh mantan Presiden MAE, Tan Sri (Dr) Arshad bin Ayub. Forum ini telah dihadiri oleh guru-guru, pengetua, guru besar dan para pendidik.

Prof. Emeritus Dato Dr Ibrahim, Presiden MAE telah menyampaikan ucapan pembukaan. Dr Habibah bt Abd Rahim, Timbalan Pengarah EPRD, Kementerian Pelajaran Malaysia, adalah pengucap utama: Blueprint: Prestasi, Kejayaan dan Kekurangan Pelaksanaan.

Ahli panelnya termasuklah Dr. Zainal Alam, Pengarah IAB, Enstek & Prof. Datuk Sufean Hussin, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Buku Dato’ Hussein dilancarkan oleh Tan Sri Datuk Seri Utama Arshad Ayub

Panel Forum Pendidikan ketika pelancaran buku Dato’ Hussein

Please follow and like us: