Kongres sedunia E.I. diadakan setiap empat tahun dan kali ini, ia berlangsung di Ottawa, Kanada. Tema pada kali ini adalah “Bersatu demi Pendidikan Berkualiti dan Bermutu untuk Dunia yang Semakin Maju”. Kongres ini dihadiri oleh 764 delegasi dan 388 pemerhati dari seluruh pelusuk dunia. Kongres ini dihadiri oleh Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan.

Satu resolusi yang diterima oleh kongres adalah berhubung Penswastaan dan Bisnes Pendidikan. Resolusi tersebut mengambil maklum bahawa penswastaan pendidikan telah berkembang dengan rancak serta menyumbang kepada ketidakadilan dalam pendidikan. Hal ini, telah menimbulkan persaingan dan tidak mengujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat. Resolusi menyeru lembaga EI mengumpul dan menghebahkan maklumat tentang pihak pendidikan swasta serta membangunkan strategi maklumbalas global terhadap kerajaan, dan melancarkan kempen global sebagai tindakbalas terhadap pembekal luar (outsourcing).

Resolusi yang lain adalah berkaitan dengan Persetujuan Bisnes, Penglibatan Komuniti, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hak Pelajar Kurang Upaya dan Guru serta sokongan terhadap masalah pembelajaran. Persekitaran berkualiti untuk pengajaran dan pembelajaran.

(Laporan penuh boleh diperolehi di www.ei.ie.org)

EI President, Susan Hopgood

Please follow and like us:

EGiTIM-Bir-SEN telah mengundang MAE untuk turut hadir dalam Mesyuarat Presiden dan Sambutan Ulangtahun Yayasan yang ke-24 di Antalya, Turki dari 11– 14hb Februari 2016.

Acara ini disertai oleh 2,000 guru dari seluruh Turki dan juga wakil guru dari Kesatuan/Persatuan guru dari 15 negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Acara ini telah berlangsung di Starlight Convention Centre Thalasso & Spa Hotel’ di Antalya, Turki. MAE telah diwakili oleh Timbalan Presiden ke-2, Dato’ Satinah Syed Saleh.

MAE mengambil bahagian di dalam Mesyuarat Presiden dan Sambutan Ulangtahun Yayasan yang ke-24. Satu gambaran ringkas tentang MAE dan perkembangan pendidikan terkini telah disampaikan oleh MAE. MAE juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Konfederasi dan Presiden-nya di atas sambutan ulangtahun yang ke-24 dan usahanya membawa guru-guru bersama dalam satu acara yang besar. Teks ucapan MAE dilampirkan bersama-sama dalam laporan ini.

Laporan dari TTU boleh didapati di sini: http://eng.egitimbirsen.org.tr/manset/14/We%20published%20the%20report

Dato’ Satinah bersama Presiden Persatuan Guru-guru Turkey

Dato’ Satinah Syed Saleh, speaking at the Woman’s Forum in Education in Turkey

Please follow and like us:

Pada tahun 2016, Hamidi Mookkaiyah, Chandrika Menon dan Cecilia telah menghadiri satu bengkel anjuran E.I Serantau di Kuala Lumpur. Di antara objektif bengkel ini adalah:

  • Menggalak dan mendidik golongan muda lelaki dan perempuan dalam bidang pendidikan
  • Mengekalkan minat golongan muda lelaki dan perempuan dalam organisasi guru
  • Melatih pemimpin muda yang berkualiti
  • Menarik dan melatih anggota baru untuk masa hadapan

Strategi jangka pendek telah dibincang and dirancang oleh MAE.

  • Membina media kit untuk menghebahkan kepada pendidik tentang sejarah perjuangan MAE, gabungannya dan sumbangan MAE terhadap masyarakat pendidik
  • Menekankan kepada kisah kejayaan MAE yang lampau
  • Publisiti media

Bengkel untuk ahli dan bakal ahli tentang isu pendidikan, polisi dan kajian yang dijalankan di Malaysia dan Asia Pasifik.

Please follow and like us:

Nusantara merupakan organisasi guru yang terdiri daripada rumpun Melayu yang berasal dari Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Brunei. Mereka mengadakan konvensi secara bergilir-gilir.

Buat julung kalinya MAE telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat ketua-ketua di Jakarta sebagai persediaan untuk konvensi mereka di Jogjakarta. Setiausaha MAE telah menghadiri mesyuarat ketua-ketua untuk menyiapkan program dan mesyuarat tersebut juga telah bersetuju untuk mengundang President MAE sebagai pemidato utama.

Konferens telah diadakan di Jogjakarta pada 19-21 Julai 2017 dan dihadiri oleh Presiden MAE, Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dan Timbalan Setiausaha Agung ke-2, En Faisal Mansor. Dalam konvensi tersebut, Presiden MAE telah menyampaikan ucapannya mengenai kepentingan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan menyatakan bahawa persatuan MAE juga sentiasa peka dengan perubahan semasa dunia yang semakin maju dan mencabar.

Kehadiran Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah memeriahkan lagi konferens ini. Beliau telah menyampaikan ucapan yang hebat kepada perwakilan PGRI dengan menyatakan bahawa tugas mereka sebagai pendidik adalah penting untuk membawa perubahan kepada bangsa Indonesia. Beliau juga mengaitkan kisah hidupnya sendiri yang telah banyak belajar daripada guru-gurunya dan masih terkenang jasa mereka sehingga kini.

Jogjakarta dianggap sebagai metropolis pendidikan. Di sini, terdiri banyak universiti, kolej, sekolah dan akademesia bagi keperluan umum termasuklah dari segi agama dan sekular.

Kiri: Presiden MAE bersama pemimpin-pemimpin persatuan guru-guru Turki, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand & Malaya

Kanan: Presiden MAE bersama pemimpin-pemimpin PGRI daerah Indonesia. Presiden PGRI, Dr. Unifah Rosyidi berdiri 3 dari kiri

Presiden MAE, Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajunid memberi ucap tama kepada guru-guru dari PGRI

Presiden Republik Indonesia, Jokowi Widodo memberi ucap tama kepada himpunan gagasan kepimpinan PGRI

Please follow and like us:

Persidangan ini telah diadakan di Kathmandu, Nepal pada 10-12 Oktober 2017, di mana President MAE, Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajunid; Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan; dan seorang Ahli Jawatankuasa, Pn Sugunadevi Arjunan telah mewakili MAE. Tema Persidangan: Transformasi Asia Pasifik: Kesatuan Sekerja Memacu Agenda Pendidikan 2030. Turut dianjurkan adalah forum Pra-Persidangan wanita. Sesi tertumpu kepada:

  1. Pendidikan Berkualiti untuk semua: Agenda Pendidikan 2030
  2. Guru Berkualiti untuk Pendidikan Berkualiti
  3. Pendanaan Pendidikan Berkualiti: Cabaran penswastaan dan bisnes pendidikan
  4. Kesatuan guru memperjuangkan kesamaan dalam masyarakat

Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan telah dilantik semula ke dalam jawatankuasa EI Asia Pasifik.

Dato’ Ibrahim bersama Presiden Persatuan Guru Nepal

Dato’ Ibrahim bersama P Ramanathan

Please follow and like us: