Berikut adalah sumbangan dan penglibatan MAE di dalam Kempen Pendidikan Global Antarabangsa: Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan, telah mewakili MAE di dua bengkel serantau UNESCO di Bangkok untuk menilai tahap pencapaian dan perkembangan Pendidikan untuk semua serta mengetengahkan Deklarasi Serantau Menteri Pendidikan bagi agenda Pendidikan 2030.

Setiausaha Agung MAE telah menghadiri bengkel menggerakkan Agenda Pendidikan di masa hadapan anjuran EI Asia Pasifik dan memahami harapan Pembangunan Lestari (SDA’s) yang merangkumi halatuju pendirian sendiri dan sasaran dalam Pendidikan. (2-4 Februari 2016, Bangkok). Objektif khusus bengkel tersebut adalah:

  1. Mendalami ilmu dan kefahaman ahli gabungan tentang SDA dan Rangka Pendidikan 2030 serta impak dasar Pendidikan global.
  2. Membangun strategi Advokasi yang sama untuk mempengaruhi kerajaan serta organisasi bersama kerajaan untuk memastikan perlaksanaan SDA Pendidikan dan sasarannya.
  • Mengenalpasti saluran khusus untuk mempengaruhi kerajaan dan membina serta menrenarai tindakan advokasi kebangsaan.

Jawatankuasa MAE telah dimaklum dan merancang pelan tindakan susulan.

Objektif utama EI adalah pada matlamat 4-48 daripada SDA. Ini adalah untuk memastikan Pendidikan inklusif dan kualiti yang saksama serta menggalakkan Pendidikan seumur hidup untuk semua. Untuk memastikan Pendidikan 2030 direalisasi, EI menyeru para kerajaan untuk:

  • Menunjukkan kesanggupan politik dan komitmen untuk memastikan Pendidikan kualiti untuk semua melalui tindakan konkrit.
  • Bekerjasama dengan guru dan wakil Persatuan Pendidikan.
  • Memastikan dana Pendidikan yang mencukupi untuk Pendidikan.

MAE telah membina pelan tindakan bersama-sama dengan ahli gabungan lain untuk menyeru kerajaan serta memantau perlaksanaannya.

Reference: UNESCO Education Framework 2030

Please follow and like us:

Timbalan Presiden ke-2, Dato’ Satinah Syed Saleh,  telah mewakili MAE ke “Konsultasi Serantau Agenda Pendidikan 2030” yang dianjurkan oleh Pejabat Serantau (EI) dari 15-17 Disember 2016 di Bangkok, Thailand.

Objektif khusus bengkel ini adalah:

  1. Untuk berkongsi maklumat dan kemajuan berkaitan pembangunan berhubung Agenda Pendidikan 2030 di peringkat global, setempat dan kebangsaan dengan memberi tumpuan kepada perkembangan di peringkat nasional.
  2. Menggubal strategi advokasi yang efektif bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan pusat untuk memastikan perlaksanaan sepenuhnya SDG dengan fokus terhadap sasaran perkara (4), (5) dan (8).
  3. Berbincang dan menggubal strategi dan pakatan dengan orang yang ada kepentingan dan CSO untuk mencapai matlamat SDG.
  4. Berbincang mengenai peranan organisasi guru dalam usaha untuk mencapai matlamat SDG khasnya sasaran (4) dalam pendidikan, sasaran (5) dalam kesamaan hak jantina dan sasaran (8) dalam keselesaan tempat kerja.
  5. Menggubal pelan kempen advokasi bagi peringkat kebangsaan dan serantau.

Turut hadir di dalam bengkel adalah dua wakil NUTP, dua wakil daripada Sarawak Teachers’ Union (STU) dan seorang wakil dari Universiti Malaya. Semua wakil daripada Malaysia telah membentuk satu kumpulan untuk berbincang mengenai agenda Malaysia. Pada akhir bengkel, semua bersetuju untuk melantik NUTP untuk menerajui kumpulan advokasi bagi Malaysia.

Pembentangan Agenda Pendidikan 2030 oleh MAE

Sebelum hari bengkel, Setiausaha MAE telah berkesempatan untuk berbincang dengan pegawai meja SDG Pendidikan 2030 di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persiapan untuk pembentangan Pendidikan 2030 dan SDG untuk Malaysia telah dibuat dengan konsultasi rapat (termasuk mengumpul data dan maklumat) dengan pegawai meja di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Please follow and like us: