About Us

APAKAH PERPEMA?

Persatuan Pendidikan Malaysia (PERPEMA) ialah sebuah badan profesional yang ditubuhkan untuk:

  1. Memelihara dan memperkembangkan kepentingan profesional para pendidik di negara ini.
  2. Memberikan sumbangan terhadap perkembangan pendidikan di negara ini.

PERPEMA dianggotai oleh ahli-ahli profesion perguruan dan berbagai-bagai golongan dari guru-guru prasekolah hinggalah ke profesor-profesor universiti dan pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

APAKAH MATLAMAT PERPEMA?

  1. Menimbulkan minat terhadap pendidikan dan profesion perguruan di kalangan ahli-ahlinya.
  2. Menyediakan forum bagi para pendidik membincangkan masalah-masalah profesion dan isu-isu pendidikan.
  3. Mewujudkan perpaduan dan persefahaman di kalangan para pendidik di semua peringkat di negara ini.
  4. Memajukan kualiti pendidikan kebangsaan dan meningkatkan taraf status profesion perguruan.

APAKAH AKTIVITI PERPEMA?

  1. Mengelolakan kovensyen pendidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk membincangkan isu-isu pendidikan semasa.
  2. Mengelolakan seminar, forum, bengkel, dan sebagainya
  3. Membincangkan perkara-perkara semasa mengenai pendidikan.
  4. Menerbitkan jurnal (Suara Pendidik) yang bertujuan untuk memperkembangkan idea-idea baru dalam pendidikan

Leave a Reply