Pada tahun 2016, Hamidi Mookkaiyah, Chandrika Menon dan Cecilia telah menghadiri satu bengkel anjuran E.I Serantau di Kuala Lumpur. Di antara objektif bengkel ini adalah:

  • Menggalak dan mendidik golongan muda lelaki dan perempuan dalam bidang pendidikan
  • Mengekalkan minat golongan muda lelaki dan perempuan dalam organisasi guru
  • Melatih pemimpin muda yang berkualiti
  • Menarik dan melatih anggota baru untuk masa hadapan

Strategi jangka pendek telah dibincang and dirancang oleh MAE.

  • Membina media kit untuk menghebahkan kepada pendidik tentang sejarah perjuangan MAE, gabungannya dan sumbangan MAE terhadap masyarakat pendidik
  • Menekankan kepada kisah kejayaan MAE yang lampau
  • Publisiti media

Bengkel untuk ahli dan bakal ahli tentang isu pendidikan, polisi dan kajian yang dijalankan di Malaysia dan Asia Pasifik.

Please follow and like us:

Timbalan Presiden ke-2, Dato’ Satinah Syed Saleh,  telah mewakili MAE ke “Konsultasi Serantau Agenda Pendidikan 2030” yang dianjurkan oleh Pejabat Serantau (EI) dari 15-17 Disember 2016 di Bangkok, Thailand.

Objektif khusus bengkel ini adalah:

  1. Untuk berkongsi maklumat dan kemajuan berkaitan pembangunan berhubung Agenda Pendidikan 2030 di peringkat global, setempat dan kebangsaan dengan memberi tumpuan kepada perkembangan di peringkat nasional.
  2. Menggubal strategi advokasi yang efektif bertujuan untuk mempengaruhi kerajaan pusat untuk memastikan perlaksanaan sepenuhnya SDG dengan fokus terhadap sasaran perkara (4), (5) dan (8).
  3. Berbincang dan menggubal strategi dan pakatan dengan orang yang ada kepentingan dan CSO untuk mencapai matlamat SDG.
  4. Berbincang mengenai peranan organisasi guru dalam usaha untuk mencapai matlamat SDG khasnya sasaran (4) dalam pendidikan, sasaran (5) dalam kesamaan hak jantina dan sasaran (8) dalam keselesaan tempat kerja.
  5. Menggubal pelan kempen advokasi bagi peringkat kebangsaan dan serantau.

Turut hadir di dalam bengkel adalah dua wakil NUTP, dua wakil daripada Sarawak Teachers’ Union (STU) dan seorang wakil dari Universiti Malaya. Semua wakil daripada Malaysia telah membentuk satu kumpulan untuk berbincang mengenai agenda Malaysia. Pada akhir bengkel, semua bersetuju untuk melantik NUTP untuk menerajui kumpulan advokasi bagi Malaysia.

Pembentangan Agenda Pendidikan 2030 oleh MAE

Sebelum hari bengkel, Setiausaha MAE telah berkesempatan untuk berbincang dengan pegawai meja SDG Pendidikan 2030 di Kementerian Pelajaran Malaysia. Persiapan untuk pembentangan Pendidikan 2030 dan SDG untuk Malaysia telah dibuat dengan konsultasi rapat (termasuk mengumpul data dan maklumat) dengan pegawai meja di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Please follow and like us:

KTFA merupakan organisasi guru terbesar di Korea yang menjalankan kerja menyeluruh dalam bidang profesionalisme guru. Atas permintaan KTFA, MAE telah menjalinkan hubungan di antara sekolah Cempaka dengan sekolah di Korea.

Pada tahun 2017, Naib Presiden (1) KTFA bersama 20 ahli delegasi telah bertemu dengan MAE untuk berbincang bagaimana memperkukuhkan perhubungan bilateral. Di antara kehendak mereka adalah:

  • Melanjutkan program pertukaran pelajar
  • Merancang program pertukaran guru
  • Mengadakan rundingan meja bulat
  • Meninjau kebolehan mengodak kajian bersama dalam isu Pendidikan
  • Menandatangani MOU
Please follow and like us:

Nusantara merupakan organisasi guru yang terdiri daripada rumpun Melayu yang berasal dari Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Brunei. Mereka mengadakan konvensi secara bergilir-gilir.

Buat julung kalinya MAE telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat ketua-ketua di Jakarta sebagai persediaan untuk konvensi mereka di Jogjakarta. Setiausaha MAE telah menghadiri mesyuarat ketua-ketua untuk menyiapkan program dan mesyuarat tersebut juga telah bersetuju untuk mengundang President MAE sebagai pemidato utama.

Konferens telah diadakan di Jogjakarta pada 19-21 Julai 2017 dan dihadiri oleh Presiden MAE, Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dan Timbalan Setiausaha Agung ke-2, En Faisal Mansor. Dalam konvensi tersebut, Presiden MAE telah menyampaikan ucapannya mengenai kepentingan pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan menyatakan bahawa persatuan MAE juga sentiasa peka dengan perubahan semasa dunia yang semakin maju dan mencabar.

Kehadiran Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah memeriahkan lagi konferens ini. Beliau telah menyampaikan ucapan yang hebat kepada perwakilan PGRI dengan menyatakan bahawa tugas mereka sebagai pendidik adalah penting untuk membawa perubahan kepada bangsa Indonesia. Beliau juga mengaitkan kisah hidupnya sendiri yang telah banyak belajar daripada guru-gurunya dan masih terkenang jasa mereka sehingga kini.

Jogjakarta dianggap sebagai metropolis pendidikan. Di sini, terdiri banyak universiti, kolej, sekolah dan akademesia bagi keperluan umum termasuklah dari segi agama dan sekular.

Kiri: Presiden MAE bersama pemimpin-pemimpin persatuan guru-guru Turki, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand & Malaya

Kanan: Presiden MAE bersama pemimpin-pemimpin PGRI daerah Indonesia. Presiden PGRI, Dr. Unifah Rosyidi berdiri 3 dari kiri

Presiden MAE, Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajunid memberi ucap tama kepada guru-guru dari PGRI

Presiden Republik Indonesia, Jokowi Widodo memberi ucap tama kepada himpunan gagasan kepimpinan PGRI

Please follow and like us:

Persidangan ini telah diadakan di Kathmandu, Nepal pada 10-12 Oktober 2017, di mana President MAE, Prof Emeritus Dato Dr Ibrahim Ahmad Bajunid; Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan; dan seorang Ahli Jawatankuasa, Pn Sugunadevi Arjunan telah mewakili MAE. Tema Persidangan: Transformasi Asia Pasifik: Kesatuan Sekerja Memacu Agenda Pendidikan 2030. Turut dianjurkan adalah forum Pra-Persidangan wanita. Sesi tertumpu kepada:

  1. Pendidikan Berkualiti untuk semua: Agenda Pendidikan 2030
  2. Guru Berkualiti untuk Pendidikan Berkualiti
  3. Pendanaan Pendidikan Berkualiti: Cabaran penswastaan dan bisnes pendidikan
  4. Kesatuan guru memperjuangkan kesamaan dalam masyarakat

Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan telah dilantik semula ke dalam jawatankuasa EI Asia Pasifik.

Dato’ Ibrahim bersama Presiden Persatuan Guru Nepal

Dato’ Ibrahim bersama P Ramanathan

Please follow and like us:

Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI) mempunyai hubungan erat dengan MAE telah menyambut hari ulangtahun yang ke-72 bersama-sama dengan Hari Guru Indonesia.

Hanya MAE dijemput untuk menghadiri majlis ini diwakili oleh Setiausaha Agung MAE, En P Ramanathan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo. Jumlah keseluruhan ahli PGRI adalah 3 juta ahli dan seramai 48,000 ahli telah menghadirkan diri di majlis ini yang berlangsung di Stadion Patriot Candrabhaga, Jawa Barat.

MAE berasa bangga kerana menjadi persatuan asing yang sulung yang telah dijemput untuk menghadiri satu perjumpaan besar dan istimewa untuk Indonesia.

Presiden PGRI memberi ucapannya

Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo memberi ucap tamanya

Please follow and like us: