MENGAPAKAH ANDA/INSTITUSI ANDA HARUS MENJADI AHLI PERPEMA?

Di Malaysia terdapat lebih daripada 350,000 orang pendidik dan kira-kira 9,500 buah institusi pendidikan. Oleh demikian, adalah jelas akan perlunya sebuah pertubuhan profesional yang kuat, efektif dan dinamik untuk mewakili, menjaga serta memperkembangkan kepentingan profesional para pendidik dan institusi-institusi pendidikan di negara ini.

Keahlian PERPEMA terbuka kepada semua golongan pendidik. PERPEMA kini sedang berkembang dengan pesatnya. Ahli-ahli PERPEMA kian bertambah. Dengan sokongan dari anda / institusi anda PERPEMA mempunyai keupayaan untuk menjadi sebuah pertubuhan profesional yang terbesar di negara ini.

Dengan sokongan dari anda/institusi anda PERPEMA juga akan mempunyai keupayaan untuk meluaskan lagi kegiatan dan perkhidmatannya, serta mencapai kejayaan seperti yang telah dicapai oleh pertubuhan-pertubuhan profesional di negara-negara termaju.

 

APAKAH YANG DIPEROLEH DENGAN MENJADI AHLI PERPEMA?

Sebagai seorang pendidik yang dinamis anda pasti ingin bersama-sama memberi sumbangan terhadap pendidikan di negara ini. Anda boleh berbuat demikian jika menjadi ahli PERPEMA.

Jika menjadi ahli PERPEMA anda / institusi anda akan:

  1. Menerima naskah percuma Suara Pendidik.
  2. Berpeluang menghadiri konvensyen, seminar, dan sebagainya yang dianjurkan oleh PERPEMA.
  3. Menyertai berbagai-bagai aktiviti anjuran PERPEMA.

Jika menjadi ahli PERPEMA anda/institusi anda juga berpeluang untuk:

  1. Turut terlibat bersama-sama kami dalam berbagai kegiatan sukarela dan amal, termasuk menyertai usaha kami mengutip derma bagi pembinaan WISMA PERPEMA.
  2. Turut terlibat bersama-sama kami menganjurkan seminar, forum, bengkel, pameran, dan sebagainya yang diadakan pada peringkat daerah / negeri / kebangsaan.

 

   MEMBERSHIP PLANS:   

First-time Admission:
RM10 +

 

Individual Membership Fee:
     

Annual  Plan:
RM300/life  

Retirees Plan:
RM200/retirees

Student Plan (any level) :
RM20/year

 

Institutional Membership Fee:
RM300/year